Sejarah hidup Pelomedusa subrufa

Spesimen dewasa yang ditemui berlari menuju ke tasikKura-kura mudaKepala dimasukkan ke cangkerang

Habitat

P. subrufa ialah haiwan semi akuatik, menjadikan sungai, tasik, dan lumpur yang subur sebagai habitat.

Ciri-ciri fizikalnya menjadikan ia haiwan yang sesuai mendiami kawasan tadahan air seperti paya dan rawa. Walau bagaimanapun, haiwan ini tidak ditemui di kawasan-kawasan yang lebih jauh daripada tempat tadahan air seperti pergunungan, hutan tebal dan gurun.[5]

Diet

Kura-kura ini bersifat maserba. Menjadikan serangga kecil dan hidupan akuatik sebagai makanan. Mereka menggunakan kuku kaki hadapan untuk menyiat daging mangsa.

Sekumpulan spesies P. subrufa pernah direkodkan menangkap dan melemaskan mangsa yang lebih besar daripada mereka seperti burung merpati; Dari atas permukaan air, perlakuan mereka sering disalahanggap seperti buaya yang sedang menerkam mangsa. Semua makanan yang dimakan dibawa masuk ke dalam air.[6]

Sesetengah mamalia besar seperti babi hutan, kerbau Cape, dan badak sumbu yang suka berkubang menggunakan khidmat kura-kura ini untuk membuang parasit pada badan mereka. Contohnya di Taman Hluhluwe-iMfolozi, mereka meletakkan dua ekor Kura-kura Helmet Afrika di dalam taman haiwan tersebut bagi membantu membuang kutu dan lalat penghisap darah dari badan babi-babi hutan yang dibela. Terdapat hubungan simbiotik tidak langsung antara kura-kura dan mamalia berkenaan. Kelakuan ini telah didokumenkan pertama kali melalui rencana Herpetological Review yang diterbitkan pada September 2015 oleh Andy dan Michelle Leighty Jones.[7]

Perlakuan bermusim

Semasa musim hujan, P. subrufa selalunya meninggalkan kawasan air dan keluar mencari petempatan baru. Hanya apabila tiba musim kering, mereka akan menggali tanah dan menanam diri sendiri sehingga tiba musim hujan semula; selama berbulan-bulan atau bertahun. Proses hibernasi berlaku semasa musim terlalu sejuk, dan estivasi ketika musim panas dan kering.

Pembiakan

Musim mengawan P. subrufa berlangsung selama setahun. Kura-kura jantan akan mengekori betina dan menganggukkan kepalanya di hadapan kura-kura betina. Jika tiada tindak balas, kura-kura betina akan pergi, namun jika diterima, kura-kura betina akan menganggukkan kepalanya dan membiarkan kura-kura jantan memanjat belakangnya untuk melakukan proses mengawan. Ketika mengawan kedua-dua kura-kura tersebut akan mengangguk-anggukan kepala mereka.

Secara purata, kura-kura betina mampu menghasilkan dua hingga sepuluh biji telur, terutamanya ketika hujung musim bunga dan awal musim panas. Telur-telur tersebut ditanam di dalam sarang tanah yang digali sedalam 10 ke 18 cm. Selepas 75– 90 hari, telur-telur itu akan menetas.[8]

Rujukan

WikiPedia: Pelomedusa subrufa http://news.nationalgeographic.com/2015/10/151008-... http://snakes-n-scales.com/crocodile-turtle/ http://www.cnah.org/pdf_files/851.pdf http://fossilworks.org/bridge.pl?a=taxonInfo&taxon... http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=103... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/Taxonomy/Browser/wwwt... https://animaldiversity.org/accounts/Pelomedusa/ https://eol.org/pages/791177